MLM Vs PIRAMID


KENAPA RAMAI YANG ANTI MLM MEMILIH CELLMAXX!

Mentaliti segelintir orang kita pada hari ini lebih suka menjebakkan diri dalam skim duduk diam dapat duit seperti skim pak man telo, skim pelaburan tidak berlesen, skim cepat kaya dan sebagainya yang dikatakan boleh memberi pendapatan yang lumayan dengan kadar yang cepat. Namun apabila sebut sahaja MLM atau Business Networking, ramai yang akan mengeluarkan perkataan.. “tak payah la….biz macam ni kompem kena cari orang”..”head-hunting”.. “orang bawah kerja susah payah tapi orang atas yang kaya raya”..dll.
Sememangnya MLM dan business networking adalah sama tapi apa yang membezakan kedua-dua ini ialah cara pelaksanaan sistem yang diguna pakai adalah TIDAK SAMA.
Tahukah anda Business Networking adalah salah satu perniagaan yang paling menguntungkan dan paling mudah untuk kita untuk mencapai financial freedom seperti yang di idamkan. Di CELLMAXX kami merupakan sebuah perniagaan networking yang menggunapakai konsep Plan Pemasaran Hybrid. Produk CELLMAXX yang berkualiti tinggi diniagakan melalui pelan pemasaran yang lebih telus dan bersistematik.
Apa yang membezakan MLM dan business networking ialah kebanyakan MLM lebih bercirikan sistem piramid (dimana orang bawah tidak boleh mengatasi orang atas) disamping tiada urusniaga jual beli yang melibatkan produk yang sah. Selain itu terdapat juga masalah-masalah lain di dalam MLM yang sering timbul seperti downline ditinggalkan upline,  orang atas kaya dan orang bawah ditekan untuk mengkayakan orang atas (skim piramid), kewajipan maintain produk setiap bulan, tiada latihan diberikan, produk yang dijual tidak berkualiti, sukar mendapatkan pembeli dan sebagainya menjadi punca mengapa ramai dikalangan kita cukup tidak gemar mendengar perkataan MLM dan berpendapat bisnes networking itu adalah sama!
Masalah-masalah seperti diatas lah yang menyebabkan ramai yang anti MLM tetapi di MAXXIMA masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan mentransformasikan perniagaan networking menjadi satu perniagaan yang lebih bersistematik dan telus dengan menggabungkan formula Sistem-Mentor-Komuniti.
Sekarang mari kita lihat apa yang menyebabkan ramai ANTI MLM MEMILIH UNTUK BERSAMA MAXXIMA CELLMAXX?
  1. Kena cari orang tak?
  • Ni soalan paling banyak ditanya kepada saya dan rakan-rakan. soalan saya? ada ke yang nak berniaga tapi tak nak cari orang ? boleh ke? boleh lingkup bisnes kalau xnak cari customer untuk beli produk kita. takkan nak kena cari tin kosong, kucing, pokok, ayam, itik pulak….hihi
  • Apa-apa bisnes pun tidak dapat tidak memang kena cari orang. KENAPA? sebab kita berurusniaga dengan MANUSIA! sama juga macam bisnes kedai makan..kedai runcit..perlukan manusia untuk beli produk mereka. Bezanya kita jadi pelanggan mereka sahaja tapi tidak jadi peniaga seperti mereka. Di MAXXIMA kami “mengajak” dan membuka peluang kepada anda untuk sama-sama menjadi rakan niaga dan menjana pendapatan yang lumayan bersama kami. Jelas tak?       
         Wajib cari orang seramai yang boleh ke?
  • Tak perlu ramai..cukup 2 orang sahaja… untuk kembangkan bisnes sekurang-kurangnya anda hanya memerlukan 2 orang sahaja untuk anda latih dan duplicate ilmu yang anda ajar. Tugas anda hanya memantau pergerakan jaringan anda dan pastikan semua rakan niaga di bawah anda turut menduplikasikan rangkaian masing-masing..jadi jaringan anda akan sentiasa berkembang dan bergerak lebih pantas.
  • Penting: jangan menabur janji manis kepada prospek. Tapis prospek anda dari awal dengan bertanya terlebih dahulu samada adakah mereka sanggup belajar dan diajar serta samada mereka yakin untuk share bisnes ini dengan 2 orang.
  • Sekiranya prospek tidak yakin, nasihatkan mereka supaya tidak join bisnes ini, tetapi sekiranya mereka yakin..anda turunkan ilmu pada mereka pula dan sentiasa beri tunjuk ajar sehingga mereka pandai. Jangan sesekali meninggalkan mereka!
  • Jika anda berupaya mendapatkan lebih ramai ahli dibawah anda, itu adalah bonus untuk anda! Ini kerana segala bentuk bonus seperti bonus pengenalan (introducer) anda yang akan dapat. Dan juga tidak rugi anda meletakkan orang lain dibawah downline anda kerana harus diingatkan bonus pairing tiada limit. Lagi ramai anda sponsor maka lebih banyak bonus pairing anda dapat walau macamana jauh sekali pun kaki dibawah jaringan anda pergi

  1. Modal besar ke?
  • Modal di MAXXIMA adalah yang mampu milik dan antara yang terendah dalam pasaran yang sama. Anda tentukan sendiri pakej mana yang anda inginkan mengikut kemampuan dan potensi income yang anda inginkan.
  1. Kena jual barang tak?
  • Tak perlu jual barang…sebahagian income yang anda perolehi adalah daripada bonus introducer dan bonus pairing. Setiap kali anda membawa masuk ahli baru..secara tidak langsung produk juga terjual kerana bayaran keahlian yang dibayar oleh ahli baru adalah termasuk bayaran produk. 
  • Tapi sekiranya anda nak jual produk tiada masalah..anda akan memperolehi untung runcit. Tapi percayalah..apabila anda join bisnes ini anda akan lebih seronok untuk “menjual BISNES” ini daripada jual barang..hihi..
  1. Duit boleh keluar hari-hari ke?
  • Itu sudah semestinya.. tidak perlu tunggu tengah bulan atau hujung bulan. Anda boleh transfer bonus @ gaji anda terus masuk ke akaun bank anda setiap hari!
  1. Biz ni mengkayakan orang atas?
  • Biz ni tidak mengkayakan orang atas..kerana sekiranya orang dibawah anda lebih rajin dan lebih pandai menyusun rangkaian dibawahnya.. dia boleh menikmati bonus introducer dan bonus pairing hasil usahanya sendiri. Anda hanya akan memperoleh bonus pairing sahaja itupun sekiranya anda tidak aktif dimana sebelah kaki anda tidak bergerak..maka tiadalah bonus untuk anda. Jadi tidak timbul isu orang bawah buat kerja dan orang atas goyang kaki. Jika orang bawah lebih rajin..bila-bila masa saja dia boleh pintas income anda!
  • Oleh itu apa yang penting anda kena berusaha menggerakkan kedua-dua belah kaki dibawah anda dengan sentiasa memberi mereka ilmu dan tunjuk ajar..apabila semua orang dirangkaian anda berjaya membuat duplikasi dan berjaya memiliki income masing-masing maka pada ketika itu lah anda sememangnya layak untuk digelar seorang LEADER / MENTOR
6. Ada training tak?
  • Di MAXXIMA training dan seminar akan sentiasa diberikan pada setiap minggu samada di HQ atau ditempat-tempat yang ditetapkan mengikut jadual. Latihan ini bertujuan untuk memantapkan lagi ilmu & skill semua rakan niaga supaya boleh sama-sama berjaya di dalam perniagaan ini. Personal coaching juga akan diberikan oleh para mentor bila-bila masa sahaja yang anda perlu. Tugas anda sebagai ahli baru hanya perlu belajar dan sentiasa mengejar mentor anda untuk menambah ilmu dan skil baru!

images (9)big-trump
Sumber: Google

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum W.B.T

Nabi telah bersabda: Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi S.A.W sabdanya: "Tiap-tiap penyakit itu (ada) ubatnya. Apabila ...